Technical Manipulation oleh JNSSB

Assalamualaikum..

Dalam post sebelum ini aku telah terangkan tentang Jai yang cuba mengadaptasikan kaedah teknikal bank islam membuat pembiayaan (pinjaman).

Dalam post ini akan aku terangkan pula apa yang aku panggil sebagai ‘technical manipulation’ yg di buat oleh sistem pembiayaan jenis ini. Dan penerangan ini adalah berdasarkan kaedah yang di gunapakai oleh Bank Islam Malaysia Berhad untuk pembiayaan peribadi (personal loan) :

1) BIMB menawarkan satu bentuk penjualan (dengan pembayaran secara tertangguh) sejumlah matawang dinar kepada pihak yang inginkan pembelian.

2) Secara teknikal nya, ini bukanlah pinjaman, sebaliknya, satu kaedah jual-beli antara bank dan juga individu.

3) Setelah di persetujui oleh kedua pihak, BIMB akan memberikan ‘dinar’ tersebut kepada individu yang ingin ‘membeli’ dinar itu, namun, bentuk fizikal dinar tersebut memang tiada, sebaliknya, BIMB akan memberikan nilai semasa dinar tersebut dlm bentuk conversion rates wang tunai (katakan jumlah yang di kehendaki oleh individu tersebut adalah RM10,000, maka, dinar tersebut di akadkan sebagai bernilai RM10,000 juga)

4) Inidividu yang telah mendapat ‘nilai dinar’ itu akan memulakan pembayaran kepada BIMB yang telah menjual dinar itu.

5) Ini bermakna, jika BIMB memberikan nilai dinar itu sebanyak RM10,000 dan indidvidu yang ‘membeli’ nya pula akan membuat pembayaran secara tertangguh selama 7 tahun, BIMB berhak untuk meendapat ‘hasil jualan’ sebanyak RM17,000.
Harus di ingat, walaupun RM17,000 perlu di bayar selama tempoh itu, namun secara teknikal nya itu bukanlah interest, ini kerana, wang RM10,000 itu adalah ‘nilai dinar’ yang di jual kepada individu itu, manakala RM17,000 itu pula adalah nilai jualan/pembayaran untuk memebli dinar tersebut.

Sama tak macam kaedah yang Jai ni buat?bezanya, Jai ni adalah pembayar dan korang pulak bank yang tunggu duit tu.
Dan harus ingat, bank rolling duit yang diorang bagi tu sebab apa?kat mana yang diorang invest balik..
Dan aku harap korang paham apa yang di panggil technical manipulation ini, yang mana, bagi syarikat kewangan berlesen, benda ni tak salah pun nak buat..Cumanya, kalau lah gomen benarkan mana2 syarikat yang tak aplly dengan BNM untuk buat bende ni, di kuathiri Ah Long pulak yang akan buat kaedah yang sama, kerana, secara teknikalnya, diorang bukan bagi pinjam duit, sebalinya, diorang jual barang…

Harap Maklum..

Tinggalkan komen