Kenapa aku buat semua ni??

September 18, 2007

Assalamualaikum …

Aku ingin menyimpulkan semula persoalan mengenai mengapa aku buat semua ni (komen mengenai JAi punya bisnes..)

FYI, aku bukanlah salah sorang pelab.. eh, silap!! penjual beli dlm sistem SP ataupun SM jauh sekali sebagai anggota keluarga si Jai ni. Tapi aku di minta oleh rakan2 untuk melakukan kajian samada mereka boleh atau pun tak berurusan dgn si Jai ni,memandangkan konsep trading dgn company ni adalah dlm bentuk hutang.

Rakan2 yang mintak tolong aku pun bukan sikit nilai yg diorang nak ‘hentak’ dlm skem..eh silap Skim yg Jai ni buat.. (lebih kurang maximum SP kali 6- guna nama lain2).

Dan hingga kini, aku masih lagi tunggu jawapan yang pasti. Ini kerana, hasil kajian aku hanya berkisar pada bentuk trading ataupun money making yang Jai ni promote, iaiatu penjualan SFS iaitu ke 56 buah negara di Asia.
Bila aku tanya kat ahli JNSSB how secure sales SFS tu kat 56 buah negara tu pulak, diorang kata memang secure, sebab agen2 kat luar negara takleh nak amik kat tempat lain, melainkan dekat Jai yg jadi sole distributor kat Asia ni.

So, aku pun sambung lagi kajian, dgn meng emailkan pada Robert Hoekstra, maybe director Stromberg Africa ni kut, since nama dia yg di sebut dlm website stromberg tu..
Dan email tu pun di reply oleh PA dia, dan di pendek kan citer, ternyata, sapa2 yg ada duit boleh beli SFS tu direct dari kilang Africa tu, yang membuatkan aku tertanya2, apsal lak agen yg mcm kat Thai tu nak spend sampai RM1000 untuk satu set, padahal diorang boleh dapat direct dari kilang dgn harga USD18 je satu set.. so, aku pun meniaga, dan agen2 yg kat Thai tu pun meniaga jugak, so, takkan lah bodoh sgt sampai nak kena ketuk camtu?

Ini menambahkan lagi keyakinan bahawa memang SFS ni bukanlah produk yg betul2 laris kat luar malah dalam Malaysia sendiri pun belum tentu ada yg jual lagi dgn harga yang membawa pulang berjuta2 ringgit unutk Jai punya company..

Dan calculation yg aku buat berasaskan analisa untuk break even level transaction di Jai menunjukkan SFS secara logiknya perlu di jual dlm kuantiti yg mustahil untuk di capai setiap bulan sekiranya JAI ingin maintain break even level sahaja! Belum untung lagi tu!
Dan membuatkan aku tepikir lagi, mana diorang dapat duit bayar semua tu kalau bisnes pun tak berapa menjadi?

Dan BULLS**T kalau ahli yg tegar dok citer pasal ‘business secret’ yg Jai ni buat, sebab bisnes secret tu lah yg membuatkan BNM panggil JAI..

SC telah mengeluarkan alert list ttg Jai ni kat website diorang, iaiatu untuk menyuruh semua orang berhati2 dgn company ini, tapi dek lantaran takde ‘s’ kat dlm spelling tu, maka, bukan JNSSB yg ada ‘s’ tu yg di maksudkan.. cumanya aku heran, apsal lak JNSSB yg ada ‘s” ni yg di panggil? apa jadi gn JNSSB yg takde ‘s’ tu ye??

Berbalik kepada tajuk “kenapa aku buat semua ni?”

Ini adalah usaha aku untuk bantu rakan se agama dgn aku untuk tidak terjebak dgn money making program yg sebegini…
aku tau, ramai yg kata aku dengki, yg kata aku ni tabur fitnah.. tapi, semua ni untuk berwaspada…Ingat, sebelum Jai di panggil BNM pun aku dah bagitau kat forum2 tempatan supaya hati2 dgn bisnes Jai ni, serta aku juga telah bagitau ttg model buat duit Jai yg tak logik ni (berdasarkan cash flow tu..)..

Aku tak kisah kalau korang nak kata yg aku ni tabur fitnah ke hapa ke, sebab, yg pentingnya, maybe dgn teguran aku yg sebegini, akan lebih ramai sedar ttg ‘trading’ yg tak logik ni memang betul2 bukan bisnes..

Korang ingat aqad tu menjamin segalanya ke?
aku quote kan bende ni dari salah sorang ahli promoter tegar untuk si Jai ni.. iaiatu berkenaan dgn aqad..

“Benar, 8 bulan ansuran yg perlu dibayar oleh syarikat. Tetapi tuan perasan tak, di dalam agreement tidak dinyatakan dari bulan berapa ke bulan berapa… Ini menunjukkan syarikat juga perlu menjaga kepentingan mereka apabila terjadi masalah begini.

Hanya di dalam borang akad sahaja dinyatakan selama 8 bulan berturut-turut. “

itu ke aqad yg korang sign selama ni? berapa secure kah trading korang dgn company ni? sedangkan bila aqad tu pun boleh di manipulate, korang bayangkanlah camner nak bisnes?

Bende2 ni semua takkan melahirkan bisnesman, sebaliknya, hanya akan melahirkan penghutang2 baru yang cuba mengubah hidup mereka, sayangnya, knowledge ttg bisnes yg membuatkan mereka ni terbantut…

Ini kah bisnes yg korang nak buat selama bertahun2 nanti? Tak serik lagi ke?

Dan kini, timbul satu lagi bende yg merupakan sequence dari JAi ni punya bisnes..
http://clix.to/2x

juga berselindung dgn nama ‘jual beli’ sama mcm yg JAi ni buat dgn SFS, bezanya, HFT yang di bagitau tu, belum lagi ada kat market..(tapi duit pulangan tu dapat dah..tu yang tambah heran tu..)

So , aku harap korang paham sekarang apsal bende2 ni semua di buat. Ingat aku suka ke kena tuduh penabur fitnah le, b*** le , pengkhianat bangsa le..dasbgnya.. tapi, apa nak buat, sekrg ni 25000 orang yg kena, kalau tak buat camni takut berjuta rakyat yang kena pulak..

so, korang decide lah sendiri, dan tanya, di manakah korang punya upline2 serta di manakah company yg ‘beraqad’ dgn korang selama ni masa bende ni terjadi.. dan tanya juga diri korang, kalaulah terlepas dan dapat balik duit lepas ni (balik modal) sanggup ke pulak korang join skem..eh skim yg baru nanti?

Apa sahaja pilihan yg korang buat, korang lah sendiri yang tanggung….

p/s: tak salah kalau nak letak keyakinan pada company yang kita buat bisnes, tapi berasas le sikit,! aku tulis2 semua ni berdasarkan pengalaman bisnes. Bisnes man apa bende kalau company yang kau spend duit tu pun kau tak tau pergerakan duit dia?

Jgn menjadi buta tuli sebab terbayang pulangan yang di janjikan tu, sebaliknya, gunakan akal untuk kaji habis2 dulu sebelum membukak langkah.. kalau tak.. shummbannggg (ikut cara pendekar Mustar)

Ingat aku apa yg aku tulis, kalau korang dah buat semua kajian yg terperinci ttg camner Jai buat duit sedangkan SFS tu tak jalan pun bisnesnya, maka, korang patutlah undurkan diri korang dari bisnes ni..tak selamat..


Perbualan Semut dgn Otai Jai Episod 2- By Semut

September 18, 2007

ni sambungan perbualan haritu… yang warna hitam skript asal, yang kaler2 tu aku tambah… hehehe…
………………………………………………………….
.skip.…………………………………………………

semut: ok, no problem
so, apa masa depan JNSSB dengan HFI?

Sharudin: we’ll see <-kan senang camni… Dr. Jai cakap hitam, die angguk, Dr. Jai cakap putih die angguk, tak penah selidik kenapa hitam, kenapa putih, tetapi lepastu, balik dan cerita kat downline Dr. Jai HEBAT!!! downline pun angguk jugak… hahahahahaha… Dr. Jai memang suke orang camni… hehehe… boleh jadi talibarut yang setia… (aku cakap talibarut kerana die bersekongkol dengan kpl JJ @ Dr. Jai dalam menyembunyikan fakta yang sebenarnya stromberg tidak dijual di negara2 asia seperti yang di war-war kan… aku ingatkan die (shahrudin) tak tahu, dan aku cuba beritahu die, tapi rupanya die dah lame tahu pasal ni (rujuk perbualan dengan otai part I)… part ni memang aku marah dengan si talibarut ni… sungguh keji, semata2 10% sanggup menipu… kpl JJ buat rolling duit, die tahu, tapi si talibarut ni cakap JNSSB jual stromberg di 56 negara2 asia)

semut: ada harapan???

Sharudin: saya takkan keluarkan sebarang knytaan kalau saya tak tahu
yg saya tahu, bengkel dah siap, tunggu 2000 set utk dipasang <-Dr. Jai cakap HFT tu nak pasang bulan ramadhan kan??? releks… baru 7 hari bulan ramadhan… masih ade 23 hari lagi untuk Dr. Jai buktikan beliau tidak berdusta…. hehehe…

Ingat!!! 2000 bijik HFT, kalo stakat pasang sepuluh bijik jer, tu maknenye die curi dr. halim punye “HFT Experimen” yang dulu2… die cungkil kat mane2 kereta yang dr. Halim buat test dulu, pastu pasang kat kete korang…. hahahaha… part ni aku gurau jer… jangan marah ye shah…

semut: tu je ker??? adakah ia menjamin HFT ditangan jai selama2?
hehehe… sumber saya banyak, harap awak buat la analisis sket.

Sharudin: kalau bukan HFT pun, JAI boleh tak buat bisnes lain?? <- die pun seolah2 yakin yang HFT akan terlepas ke tangan orang lain (jangan risau, orang Melayu juga)… memang betul apa yang otaibnm cakap, kpl JJ skang tengah meraba2 mencari produk baru…

semut: tak… sebab skang die dah start tanggung hutang, sebab die dah lancar SSP
awk biase ngan dunia bisnes??? bunyi cam amatur je <-memang pon… produk HFT sudah hampir takde mase depan dengan JNSSB (aku yakin 100% yang ia akan jatuh ke tangan orang melayu lain sedikit masa lagi)… shahrudin pun tahu pasal ni, cuma die percaya Dr. Jai ada sollution (kononnya)… skang kpl JJ dah start tanggung hutang disebabkan die memulakan plan SSP…

Sharudin: ahaahahah, patut la, tau tak SSP stand for what?

semut: secara ringkas, jai buat pinjaman pribadi, dengan bayaran ansuran selama 8 bulan, dengan bunga 120%

Sharudin: SSP is what??

semut: itu yang saya nak stress, smart synergy plan tu saya tahu
tapi yang saya nak stress ialah “pelaburan” tersebut

Sharudin: SSP is not pelaburan… <-saya faham apa yang shah nak bagitau ialah SSP ni program nak cari downline, sorang masuk bayar RM5000… macam smart moving yang stromberg dulu… dari sini, jai dapat income la kononnye… tapi kalo sorang dah labur… oppssss… ok la, buat belian HFT sebanyak 100k (tak mustahil, kongsi 10 orang, register atas name sorang), bulan keempat jai dah bayar 120k… jai bayar komisyen 10k kepada yang pergi brainwash tahap 3… jadi, bulan ke 4 jai dah rugi sebanyak RM25k (5k register + 100k labur – 10k komisyen – 120k bayar SP) jika beliau terus main rolling duit dan tiada produk untuk dijual…. nak jual ape yang boleh untung sampai 120% dalam masa 8 bulan??? Nak jual kat sape??? bulan ke 5 dah rugi lagi 30k.. tu baru untuk sorang tu jer….

semut: tahu

Sharudin: u look weird with JAI’s plan <-hahahaha.. saya pun kategori otai jugak, banyak tahu pasal jai & die punye plan, tapi saya ni bukan jenis angguk tak tentu pasal… saya berusaha mencari sebab kenapa nak angguk….

semut: saya memang masak dengan sume plan jai ni, saya tahu pasal SSP

Sharudin: patut laa.. no wonder laa selama ni

semut: eh, saya nak prepare utk berbuka… jom kite sembang lagi malam ni, lepas terawih, dalam kul 10.30 mlm

Sharudin: ramai yg saya jumpe slama ni mcam ni

semut: yela2… malam ni kite sambung… hehehe…

Sharudin: ok, tgk la macam mane

tunggu punya tunggu, tak de pulak si shah ni… takpe la… lain kali kite borak2 lagi ye shah…

………………………………………………..abis………………………………………………………………………………………..


Pisang berbuah 2 kali.. wahai melayu..

September 18, 2007

Assalamualaikum..

Seperti tajuk, aku terpanggil untuk membuatkan kita semua berpikir sekejap atas nasib di masa depan..

Kita andaikan lah yg selepas 90 hari penyiasatan BNM nanti, akaun JAI di unfreeze jugak, tapi apa yg di pulangkan hanya lah sekadar balik modal saja dan bukan termasuk dgn keuntungan 100% yg di janjikan tu.. so, apa yg korang nak buat di masa depan dgn duit yg dah dapat tu?

Berapa ramai yg serik? berapa ramai semakin yakin untuk join Bisnes Efektif pulak untuk pelan SSP tu?
Berapa ramai pulak mula berbangga2 dengan mengatakan ‘anti JAi’ selama ini salah, kerana, akhirnya Jai memulangkan jugak duit diorang (padahal balik modal je..)

Yang pentingnya.. apa juga keputusan nya, selepas 90 hari nanti (Aku berdoa korang semua dapat balik kesemua duit korang, tak kira balik modal atau sekali dgn untung), tolonglah.. jgn lah cuba2 nak buat trading cara camni lagi..

siasat dulu habis2 sesuatu company tu sebelum keluar duit, tgk profile jualan syarikat tu kalau dia claim something mcm Jai ni buat (SFS) semua tu..

Dan yang paling penting, jgn tamak, takde istilah easy money kat dunia ni. Bill Gates yg berjuta2 dollar seminit tu pun perlukan berpuluh tahun sebelum sampai ke tahap hari ni..(bukan 8 bulan..)

So tanya balik diri korang tu, nak pisang berbuah dua kali ke dah serik?

P/s: Prof Semaun yg tegar Jai (scroll beli memang mind setting mcm ni), suka kat hati miker ler.. aku doa kan kau dapat duit kau tu. jgn jadi suicide bomber dah le..


Siapa kata Jailani tak boleh untung 20juta sebulan?

September 18, 2007

Meh meh gerakkan otak korang yang dah karat tu! Walaupun sedang berlapar menahan puasa, tapi buat2 la matematik sikit…
Bayangkan pada Jan 07, 4 juta dilaburkan oleh orang ramai dalam JNSSB. 8 juta pada bulan Feb dan 20 juta pada Mac.
Kita juga anggapkan 20 juta merupakan jumlah pelaburan paling tinggi. Kemudian jumlah pelaburan menjadi tepu, dan pada penghujung 2007, pengambilan modal dihentikan.

Setiap nombor dalam table di atas menunjukkan nilai juta. Dengan andaian ini juga, jumlah bonus paling tinggi pihak syarikat akan bayar dalam sebulan adalah RM 40 juta, masih jauh dengan sasaran Jailani untuk membayar 100 juta bonus sebulan (kita target rendah je… tak berani bermimpi seperti Jailani)
Ruangan sebelah kanan menunjukkan ansuran bayaran yang syarikat akan bayar kepada pelaburan bulan tersebut. (cth: april, 20 juta dilaburkan, setiap bulan syarikat akan bayar 5 juta).

Dari sini kita boleh lihat yang duit syarikat menjadi maksimum pada bulan ke-7, dan boleh tengok sendiri macamana syarikat mampu untuk membayar bonus pada awalnya.

Perkara paling mudah untuk difikirkan, kalau 20juta sebulan dilaburkan, syarikat mesti mampu untuk menjana keuntungan lebih dari 20 juta sebulan (supaya tidak rolling duit). Ada sesiapa kat Malaysia ni yang boleh buat untung 20 juta sebulan???? Sila angkat tangan!!!

Korang buat la analisis sendiri. Tapi dari table ni korang dah boleh bayangkan, macamana syarikat mampu bayar bonus untuk 5-6 bulan sebelum kena freeze.


Gambar Yang Lebih Besar 1: “Rahsia??” Model Perniagaan Jai – By CSI

September 17, 2007

askm.


slmt berpuasa & slmt mnjalani ibadah di bln Ramadhan al-Mubarak. hari ini 17 Sept 2007, genaplh dua bln semenjak BNM mmbuat serbuan di pejabat Jai di Kuantan. bermula dr tarikh itulh (17 Julai 2007) ramai yg brtanya, “apa salah Jai?”, “bukankh Jai mnjlnkn jual-beli siap dgn akad & agreement lg?”, “Jai bkn pelaburan.. habis tu knp BNM mmbuat serbuan?”. soalan2 sebegini bnyk ditanya olh ahli2 terutamanya bg mrk yg tdk bnyk ‘tahu’ apa sebenarnya bisnes Jai ni. kbnykn drpd mrk ini hanya ‘percaya’ kpd maklumat2 yg disampaikn olh upline2 atau semasa kursus / prjumpaan. bnyk maklumat2 lain yg tdk disampaikn sehinggakn ahli2 tdk ‘nampak’ gambar yg lbh besar. gambar yg lbh besar inilh yg sy ingin kupaskn supaya kita blh nmpak klu tdk 100% pun, sekurang2nya 90% pun ok jugak.. knp tdk blh 100%? krn maklumat terhad..

sblm tu sy nk buat disclaimer: apa yg sy katakn ini adalh brdasarkn kpd kajian & analisis sy semata2. hrpn sy kita jadikn dia sbg panduan utk kita brsama2 mncari kebenaran mutlak. sy brhrp ada pihak2 lain yg lbh arif blh brkongsi maklumat2 lain & sudi mmbetulkn sy jika apa yg sy bntangkn x tepat.

3 Pelan Perniagaan – SM, EW, SI

utk kita ‘nampak’ gambar yg lbh besar ni, kemungkinan kita kena tengok apa bisnes yg Jai jlnkn ‘dulu & sekarang’. Jai brmula pd tahun lps dgn 3 pelan prniagaan: 1) Smart Moving, 2) Easy Way, 3) Smart Investment. ketiga2 pelan ini mnggunakn Strmbg sbg produknya.

Smart Moving (SM) secara ringkasnya ialah pelan pemasaran bertingkat dimana seorang ahli blh mmperkenalkn kpd 5 org & berpotensi utk menikmati bonus yg bnyk drpd downline di aras ke5. utk mnyertai SM, ahli perlu mmbyr rm550 & akn mmperolehi 3 set Strmbg. bonus sbnyk rm100 akn dibyr kpd ahli2 utk setiap downline yg brdaftr di aras ke 5. ahli juga blh mngembangkn potensi bonusnya dgn menambah bilangan downline yg diprkenalknnya melalui mmbuat belian ‘lot’ tambahan SM yg dipanggil sbg ‘reentry’. lot reentry ini dibenarkn stlh ahli sdh mndftarkn 5 org ahli di aras prtama. dgn mmbyr rm500 (& dpt 3 set produk), lot tambahan ini mmbenarkn ahli utk mmprkenalkn kpd 5 org lagi & seterusnya menikmati potensi bonus yg bnyk drpd downline di aras ke5. pngurusan & pntadbiran SM dilakukn melalui laman web (www.jnssb.com). beberapa perubahan kecil shj yg brlaku dlm SM: kekerapan pmbyrn harian ditukar kpd 2 kali sebulan, perubahan bank pmbyr & bilangan produk drpd 3 set kpd 2 set utk 1 lot SM (krn peningkatan harga Strmbg pd awal thn 2007).

Easy Way (EW) juga adalh pelan pemasaran bertingkat dimana seorang ahli blh mmprkenalkn kpd 3 org. pelan ini juga dikenali sbg pelan 1-3-9 dimana ahli brpeluang utk mmperolehi kereta & lot2 SM percuma di Msia & juga di Indonesia! (pd peringkat awal Jai mmpromosikn yg SM akn dilancarkn di Indon ‘x lama lg’. olh itu siapa yg masuk awal & memenuhi 1-3-9 maka akn ‘beruntung’ krn lot2 mrk akn diletakkn diatas supaya ahli2 Indon nnt akn mnjadi downline2 mrk). malangnya, pelan EW ni tdk mndpt sambutan & akhirnya dibrhentikn krn utk mnyertainya, ahli prlu mmbyr rm3000 & akn mndpt 18 set Strmbg! walaupn faedah2 yg ditawarkn menarik, EW dianggap lebih sukar drpd SM krn harganya yg jauh lbh tinggi (rm3000) & tarikan utama sbnrnya kpd Smart Investment.

Smart Investment (SI) ialah pelan membeli Strmbg secara pukal (minimum rm1000) dimana pendapatan dua kali ganda akn diperolehi setelah mndpt 8 kali pmbyrn ansuran bulanan. di peringkat awal, ahli2 yg mnyertai SI diberikn 8 keping cek ‘post-dated’ sekaligus yg mana tarikh cek yg pertama adalh 3 bln slps tarikh pnyertaan. selain drpd 8 kpg cek, mrk yg mnyertai SI juga diberikn produk! (rm1000 dpt 6 set Strmbg). bayangkn jika ahli mnyertai rm10000, dia akn dpt 60 set iaitu utk Strmbg utk 60 buah kereta! apa nk buat dgn 60 set? maka trsebarlh berita2 yg mngatakn ada ahli2 (di Trg) yg mnjual Strmbg tu secara murah (sehingga rm20/set). olh itu, Jai mngambil kptusan utk tdk lg mmberi produk utk pembelian SI brmula pd prtengahan tahun 2006. ahli2 SI mnggunakn borang akad dimana produk yg dibeli diserahkn kembali kpd sykt ahli2 mewakilkn kpd JNSSB sbg wakil utk mnjualnya samada di dlm/luar negara. tdk lama slps itu sykt mnsyaratkn pula supaya ahli mesti mnyertai SM sblm dpt mnyertai SI. 10% drpd amaun penyertaan yg diperkenalkn kpd ahli2 lain diberikn kpd pengenal secara tunai. ini brmakna pengenal hanya prlu mnyerahkn rm900 shj drpd setiap rm1000 amaun pnyertaan SI. SI akhirnya ditukarkn namanya kpd Smart Partnership (SP) supaya ia tdk berbau pelaburan, manakala kursus asas kemudiannya dijadikn sbg syarat utk mndpt komisyen 10% sbg pengenal SP. beberapa perubahan lain trhdp SP terus diprkenalkn spt borang akad jual-beli yg baru, surat agreement, pmbyrn tdk lg mnggunakn ‘post-dated’ cek ttp terus kedlm akaun bnk ahli2, kuantiti belian bg setiap rm1000 (iaitu dr 6 set kpd 4 set & akhirnya 10 set!), dll.

SP


cuba kita dalami lg apa itu
Smart Partnership (SP). ia adalh transaksi prniagaan yg mana ahli2 Jai mmbeli sejumlah belian produk Strombg (katakn rm1000) drpd Bagai Wangsa Sdn Bhd (BWSB). [nota: pd peringkat awal semasa dibwh nama Smart Investment (SI), BWSB tdk ujud. ahli2 pd ketika itu mmbeli drpd JNSSB & mewakilkn kpd JNSSB utk mnjual bg pihak mrk. kaedah ini bnyk menerima kritikan dr segi muamalatnya krn urusan mmbeli & mnjual dilakukn dgn sykt yg sama]. ahli2 pun menandatangani surat prjanjian & berakad. setelah itu, ahli2 mnjual produk trsebut kpd JNSSB dgn harga 2X ganda lbh tinggi iaitu rm2000. ahli2 pun menndatngni satu lg surat prjanjian & berakad dimana JNSSB bersetuju utk mnjelaskn harga trsebut dlm bentuk 8 bulan ansuran bulanan. dgn adanya dua akad & surat prjanjian, SP semakin meyakinkn, manakala kritikan trhdp kaedah jual-beli SP juga brkurangan. hanya suara2 kecil mmprsoalkn aspek keujudan produk & beberapa prkara ‘remeh-temeh’ brkaitan prosedur pemulangan balik surat prjanjian. maka brmula Disember 2006, pnyertaan SP mula meningkat secara mndadak. (statistik keahlian Jai spt yg diwar2kn: Jun06 – 200 org, Sept06 – 1000 org, Jan07 – 2000 org, Jul07 – 25000 org!)

Model Perniagaan Jai


dari segi undang2, sy rasa ia xde masalah & begitu juga agreement yg ditandatngni juga sah. dari segi muamalat juga xde masalah krn ada 2 akad yg jelas utk 2 transaksi yg brbeza dimana kedua2 pihak pmbeli-pnjual bersetuju bertransaksi dlm keadaan aman.

habis tu, dimana salahnya? inilh kemungkinan yg disebut olh dr. M sbg ‘model prniagaan’. dgn memahami model prniagaan ini maka kita akn nmpk gambar yg lbh besar itu. apakh model prniagaan Jai? stiap prniagaan ada jualannya. apa yg Jai jual?

1) Jai mnjual Strmbg – melalui pakej Smart Moving (rm550) di Msia, itu shj. adakh dia mnjual Strmbg di luar negara spt yg diwar2kn? sy rasa tdk. malahan sehingga kini tdk prnh otai2/Pgrh2 sykt brjaya menunjukkn bukti bahawa Jai mnjual Strmbg di luar negara. malah ada ahli2 yg prnh mndgr Pgrh2 spt En. Adzmi & Dr. Latifah mngatakn yg Jai tdk mnjual Strmbg di luar negara.

2) Jai mnjual kursus asas (rm500) & JMC (rm5000). oleh itu, Jai hanya brgantung kpd 2 sumber jualan utama utk mnndptkn ‘revenue’. walaupun Jai menawarkn kursus, sy tdk menganggapnya sbg sumber pndptn Jai yg utama.


bagaimana pula dgn SP? tdkkh ia juga jualan? tdk. SP sbnrnya adalh hutang! apabila seseorg ahli mnyertai SP sbnyk rm1000, sykt sbnrnya brhutang sbnyk rm2000 yg prlu dilunaskn secara bulanan dlm tempoh 8 bulan. oleh itu, SP adalh merupakn kos bulanan!


utk mmpunyai model prniagaan yg mnguntungkn, jualan mesti lbh besar drp kos. kita boleh congak keuntungan Jai dgn mngmbil kira jumlah lot2 Smart Moving, brp org yg sdh hadir kursus, brp jumlah SP yg disertai oleh ahli2. sy serahkn calculations kpd yg lbh arif utk brsama2 dibentangkn & dianalisis. mgkut pngiraan sy, Jai tdk mmpunyai model prniagaan yg mnguntungkn. kos (hutang SP) jauh lbh bsr drpd jualan!


bgmana Jai mampu mmbyr SP/bonus bulan2 sehinggakn mncecah rm30, 40 juta sebulan (spt yg diwar2kn)? jika jualan tdk mncukupi, maka xde cara lain lg selain drpd mnggunakn wang yg diperolehi dr SP itu sndiri. maka trjadilh ‘rolling duit’ yg mana kita boleh umpamakn spt ‘aku byr duit SP kau bln ni dgn mnggunakn duit engko sndiri atau duit org lain’. maka di sinilh masalahnya… model prniagaan yg brgantung utama kpd SP. persoalannya: dari mana Jai mndpt duit utk mmbyr keuntungan 100% dlm masa 8 bln jika jualannya tdk mncukupi? krn inilh model prniagaan Jai sy anggap sbg ‘rolling duit’ semata2 & saling x tumpah spt skim cepat kaya. ia cukup meragukn pihak brkuasa & juga dr segi hukum muamalatnya. maka tdk heranlh skrg ni BNM mmbuat siasatan, & KPDN pun ‘join’ skali.

Model Perniagaan Jai Yang Akan Datang

sejauh manakh ‘rahsia’ formula prniagaan Jai? betulkh Jai mmpunyai a ‘secret’ formula utk mmbantu mmbangunkn ekonomi ummah? ‘secret’?.. mmg ia rahsia krn Jai tdk bnyk mndedahkn maklumat brkenaan prniagaannya walaupun kpd Pgrh2.. apa lg kpd ahli2! bnyk maklumat trpaksa dirahsiakn krn ia tdk menepati undang2 maupun hukum muamalatnya. yg tdk rahsia ialah model prniagaannya.. “rolling duit” melalui SP sbg mekanisma utamanya. ia bkn lg rahsia.. org biasa spt anda pun blh mnjlnkn model prniagaan sebegini. ia tdk mmrlukn seorang yg ‘special’ atau ‘genius’! (amaran: sy x galakkn sama sekali.. sy, semut & d geng akn tentang habis2an kecuali ia dibuat di planet lain!)

olh itu, sy mmprcayai Jai tdk akn brganjak dari model prniagaan sebegini. akn dtg model prniagaannya akn tetap berkisar pd ‘rolling duit’. skrg pun sdh terbukti.. beku Smart Moving, beku SP, timbul pulak Smart Synergy Plan & SP Hydrofuel! beku JNSSB, bukak yg baru dgn nama Business Effective Sdn Bhd! BNM x habis siasat lg, dah ada offer yg baru! ini model prniagaan yg sama cuma ‘baju’ saja lain.. lain warna, lain saiz, & lain brand. yg herannya.. ada jugak org yg join pelan baru ni. mgkn mrk x ‘nampak’ gmbr yg lbh besar.. atau mgkn mrk x faham apa yg mrk ‘nampak’. sdkt sbnyk sy hrp tulisan sy ini dpt mmberi gmbr yg lbh jelas trhdp prjalanan bisnes Jai. jadikn ia sbg panduan utk kita mmbuat keputusan yg diredhai olh Allah swt. insyaAllah sy akn kupas lbh lanjut dlm bhg ke2 supaya kita faham & nampak gambar yg lbh besar..


CSI

“the truth is out there..”

17 Sept 2007.


Technical Manipulation oleh JNSSB

September 17, 2007

Assalamualaikum..

Dalam post sebelum ini aku telah terangkan tentang Jai yang cuba mengadaptasikan kaedah teknikal bank islam membuat pembiayaan (pinjaman).

Dalam post ini akan aku terangkan pula apa yang aku panggil sebagai ‘technical manipulation’ yg di buat oleh sistem pembiayaan jenis ini. Dan penerangan ini adalah berdasarkan kaedah yang di gunapakai oleh Bank Islam Malaysia Berhad untuk pembiayaan peribadi (personal loan) :

1) BIMB menawarkan satu bentuk penjualan (dengan pembayaran secara tertangguh) sejumlah matawang dinar kepada pihak yang inginkan pembelian.

2) Secara teknikal nya, ini bukanlah pinjaman, sebaliknya, satu kaedah jual-beli antara bank dan juga individu.

3) Setelah di persetujui oleh kedua pihak, BIMB akan memberikan ‘dinar’ tersebut kepada individu yang ingin ‘membeli’ dinar itu, namun, bentuk fizikal dinar tersebut memang tiada, sebaliknya, BIMB akan memberikan nilai semasa dinar tersebut dlm bentuk conversion rates wang tunai (katakan jumlah yang di kehendaki oleh individu tersebut adalah RM10,000, maka, dinar tersebut di akadkan sebagai bernilai RM10,000 juga)

4) Inidividu yang telah mendapat ‘nilai dinar’ itu akan memulakan pembayaran kepada BIMB yang telah menjual dinar itu.

5) Ini bermakna, jika BIMB memberikan nilai dinar itu sebanyak RM10,000 dan indidvidu yang ‘membeli’ nya pula akan membuat pembayaran secara tertangguh selama 7 tahun, BIMB berhak untuk meendapat ‘hasil jualan’ sebanyak RM17,000.
Harus di ingat, walaupun RM17,000 perlu di bayar selama tempoh itu, namun secara teknikal nya itu bukanlah interest, ini kerana, wang RM10,000 itu adalah ‘nilai dinar’ yang di jual kepada individu itu, manakala RM17,000 itu pula adalah nilai jualan/pembayaran untuk memebli dinar tersebut.

Sama tak macam kaedah yang Jai ni buat?bezanya, Jai ni adalah pembayar dan korang pulak bank yang tunggu duit tu.
Dan harus ingat, bank rolling duit yang diorang bagi tu sebab apa?kat mana yang diorang invest balik..
Dan aku harap korang paham apa yang di panggil technical manipulation ini, yang mana, bagi syarikat kewangan berlesen, benda ni tak salah pun nak buat..Cumanya, kalau lah gomen benarkan mana2 syarikat yang tak aplly dengan BNM untuk buat bende ni, di kuathiri Ah Long pulak yang akan buat kaedah yang sama, kerana, secara teknikalnya, diorang bukan bagi pinjam duit, sebalinya, diorang jual barang…

Harap Maklum..


Lagi cadangan tindakan undang2..

September 16, 2007

Assalamualaikum..
Ramadhan yang sejuk tahun ni membuatkan aku lebih terpikir tentang nasib2 mereka2 yg telah ‘melabur’ duit dlm bisnes si Jai (haprak) ni…
Apa lah yang nak jadi pada yg telah buat loan dengan bank, dengan sedara mara, adik beradik, tai yi long (ah long) dan jugak majikan…
Ada yg cerita dia dah nak kawin hujung tahun ni, ada yg kata dah pinjam duit dari adik beradik dan mcm2 cerita lagi.Dan pada pandangan aku semua nya malang.
Tak kira korang bakal dapat duit tu ataupun tidak di masa depan, yang nyatanya, duit yg di janjikan tu telah pun tertangguh..

AKu terpanggil untuk menyiasat tng biznes si Jai ni di sebuah forum tempatan, bila ada beberapa forumers yg meminta pandangan aku untuk mengkaji samada bisnes si Jai ni ‘boleh’ atau ‘tak boleh’.
Jangan salah sangka, aku bukan tukang tilik atau tukang ramal atau ahlil nujum, tapi kajian aku adalah bersifat dari ‘sudut bisnes’ sahaja.

Mudah sahaja untuk mengkaji bisnes Jai ni , iaiatu, mereka meng claim kan diri mereka sebagai trading company serta sole distributor untuk sebuah alat penjimat minyak Stromberg (SFS) yg di katakan telah di pasarkan di 56 buah negara Asia…
so, kajian aku bermula daripada alat SFS tersebut…

since aku tak dapat exact figure, berapa banyak yg telah si Jai ni jual kepada 56 buah negara tersebut, maka, aku telah mengunakan figure ilustrasi, iaitu sesuatu yang aku suka buat di masa lapang untuk bisnes2 yg aku diminta untuk menjadi penasihat.
Aku juga tak tahu berapa angka ‘pelaburan’ yg telah masuk pada day 1 si Jai ni business, tapi seperti apa yg kebanyakan bisnes man selalau buat untuk merangka proposal ataupun biz plan, aku akan mula mengira break even (pulang modal) bagi setiap bulan, dan break even itu akan di bahagikan dengan berapa unit produk (dlm kes Jai ni- SFS) di jual setiap bulan.

Secara mudahnya, mengunakan variables, formula pengiraan adalah begini:

a) Jumlah perbelanjaan sebulan / unit SFs perlu di jual untuk break even = Tahap break even

– bermaksud, katakan jumlah perbelanjaan company si Jai ni kira2 dlm RM 3 juta sebulan (termasuk kos operasi,kos import export, overhead lain2, serta jumlah yg nak di bayar untuk SP).
Jadi, jumlah tu akan di bahagikan pulak dengan : berapa banyak SFS yg perlu di jual setiap bulan untuk cover kan perbelanjaan tersebut. Ini belum kira untung lagi, baru kir apulang modal

– So, katakan untuk cover balik RM3 juta sebulan tu, (break even level), si Jai ni perlu jual lebih dari 200,000 unit SFS, jadi, adakah betul company si Jai ni jual banyak tu setiap bulan?

Dan itulah yang aku duk tanya pada promoter tegar (pengebom berani mati) dlm forum yg aku join tu, iaiatu, berapa banyak unit yg telah di jual..

Walaupun aku bertanya tu adalah bagi pihak orang2 yg telah minta nasihat aku, tapi, masa tu, soalan tu sepatutnya juga sudah timbul pada promoter2 tersebut, iaiatu, keraguan tentang jualan SFS ke 56 buah negara.
Dan tahukah korang apa yg diorang reply balik?
” kami yakin dengan company, dan kalau nak tahu sgt, kau pergi lah tanya sendiri Dr. Jai tu..”
(maksudnya aku kena spend RM500 untuk pergi kursus dan tanya sendiri pada Dr. Jai..- yeah, Right! 😛 )

Tambahan lagi pulak lame excuse Jai pasal perlu duit SP ni untik beli secara cash dari Stromberg Africa juga menimbulkan keraguan, iaiatu seperti yg aku tulis kat dlm calculation post aku tempohari, kalau dah stok melebihi paras yang diperlukan nak buat apa order lagi stok baru?

Maksud aku, duit yg diminta untuk SP tu adalah untuk beli SFS dari Africa, ini bermakna, setiap orang yg keluarkan duit untuk aqad tu adalah buyers untuk SFS sebanyak mana yg dia keluar duit. Dan kalau ikut logic nya duit yg ada kat SP tu, aku tak tau le berapa banyak SFS yg dah diorang beli..
(ingat satu set baru USD$18 je! duit SP tu ada berapa banyak? )
Even kalau tolak mark up price yg si Jai ni dapat (USD$18 – RM 500= untung diorang), SFS tu mesti ada berjuta unit dlm stok diorang skrg ni ataupun kat agent yg di katakan ada kat ’56’ buat negara tu..

By the way, cashflow results setiap bulan tu memang negatif,bermakna, memang diorang tak boleh nak capai pun break even level kalau bergantung pada jualan SFS, yg menimbulkan satu soalan (yg dah encik Semut bagi jawapan), iaiatu “Mana diorang dapat duit nak bayar balik SP kalau takde buat jualan”

Otak ada kan? pikir2 lah..

Aku nak sentuh lagi satu bab mengenai ‘kurapsi’ yg berlaku kat bisnes Jai ni sebelum aku masuk ke bahagian undang2.

Ramai ahli tegar Jai yg buta mata serta hatinya selalu berkata :

“kalau Jai nak tipu buat apa dia beli asset tetap? beli hotel lah, beli itu lah inilah.. (duhh whatever..)”

Jawapan dia simple je :

Sebab Jai ingat dia boleh bisnes cara ni dlm jangkamasa yg lama, dan dia tak pernah plan pun untuk fail…
Aku bagi jawapan ni, sebab, apa yg aku nampak, Jai cuba guna konsep Bank Islam, yg menawarkan pinjaman jenis pembelian tertangguh.
So, pada hemat Jai, kalau bank boleh buat, apsal dia takleh buat pulak?

Camouflage (samaran) bagi pelan si Jai ni adalah pada produk SFS tersebut, iaiatu, sesuatu yg membezakan nya dgn skim pak man telo. Ini sebab, dia boleh claim yg dia ada produk..

Jadi, bila siasatan mula di buat, perkara yg mungkin lah BNM akan siasat , (ini fantasi aku sahaja..)
“Mana bukti jualan yg di katakan kat 56 buah negara tu? ”

Senang kan kalau nak kaitkan Jai ni dgn skim cepat kaya, kalau diorang berani claim duit tu hasil jualan SFS?
Tapi apa2 pun kita tunggu lah BNM punya siasatan..

———————————————————————————————–
Bab tindakan undang2:

Terkejut aku bila korang kata ramai yg tak dapat lagi borang aqad yg dah di seal tu! Biar betul? aku ingatkan dapat dah!
Itulah insurans korang sebenarnya. Tapi berapa ramai yg dah dapat balik borang aqad tu ye?

Kira promoter2 tegar yg kata bisnes Jai ni ada aqad tu mcm ‘sembang dgn taik’ je lah bila diorang promote yg Jai ni islamic sikit sebab ada aqd semua tu.. meman g betul2 korang sembang taik lah..

Tapi takpe, aku ada solution:

Since diorang kata borang aqad tu ada kat BNM sebab siasatan , dan tak sempat nak bagi balik poada korang (walaupun siasaan tu lepas beberapa bulan borang tu di tandatangani). Ini saranan aku:

Korang pakat ramai2, dan jumpa si Jai atau sesiapa y bertanggungjawab, dan buat semula perjanjian tersebut, maksud aku:

“Korang buat perjanjian beraqad yg bersain yg baru dengan Jai ni..”
make sure korang boleh buktikan jumlah yg korang bayar dahulu ataupun baki yg masih belum dapat lagi..

Bila dah dapat perjanjian baru tu, tak reti-reti lagi ke?

P/s: kalau diorang (Jai) taknak sign, korang sepak je ponggong je dia..sapa suruh awal2 dulu taknak bagi borang tu (masa takde problem..)


Terbukti Skim Piramid – By Semut

September 16, 2007

Assalamualaikum…

Beberapa hari lepas, semut berasa amat gembira dapat berbual dengan Mr. Otai… selepas perbualan dengan Mr. Otai, maka terbukti lah apa yang semut cuba buktikan sebelum ini, iaitu JNSSB melaksanakan system rolling duit ataupun dengan bahasa senang, system pyramid… semut amat gembira apabila segala persoalan yang ditanya2 sebelum ini sudah dijawab oleh Mr. Otai… sekian lama semut mencari jawapan, bagaimana JNSSB menjana pendapatan sehingga boleh membayar ahlinya sehingga dua kali ganda pelaburan dalam masa 8 bulan, akhirnya dijawab Mr. Otai, iaitu rolling duit…

Sebenarnya benda ni sudah lama semut fikirkan, Cuma semut belum pasti… sumber orang halus (menurut kamus otaibnm, orang halus = orang dalam JNSSB) sudah lama bagitau semut bahawa jai memang buat rolling duit pada peringkat awal, Cuma sejak akhir2 ni baru start buat bisnes kecil kecilan dan membeli aset2 kekal… orang halus semut juga mengatakan bahawa, memang ada penghantaran Stromberg dari JNSSB ke Indonesia, tetapi sekali sahaja, itupun order lama semasa zaman hj razak lagi, dan tiada lagi selepas itu… repetitive sales memang takde… memang jai tidak menjual stromberg seperti yang di war-war kan… sebab itu lah kita lansung tidak diberitahu pasal transaksi jualan tersebut… sebab, ia memang takde…

Analogy mudah, anggapkan JNSSB memang jual Stromberg… secara logic nya, jika bulan 7 akaun kene freeze, duit yang dimasukkan pada bulan 6, bulan 5, bulan 4 dan bulan2 sebelumnya sudah pun bertukar dalam bentuk barang… duit2 itu semua sudahpun digunakan untuk beli Stromberg dan skang tengah dijual di 56 buah negara2 asia… jika duit keuntungan dari stromberg nak dibawa masuk ke dalam negara, boleh jer tumpang akaun bisnes efektif sdn bhd, sebab akaun lain sudah beku… jadi, pembayaran untuk selain bulan 7 sepatutnya tidak bermasalah…

Tetapi, agak pelik apabila akaun telah dibeku BNM, maka semua pembayaran SP terhenti… seolah2 jualan Stromberg di seberang laut juga terhenti, padahal ia tiada kaitan pun dengan pembekuan akaun dalam Malaysia… maka, jelas lah disini bahawa, duit yang kita masukkan ke dalam akaun JNSSB hanya “berpusing – pusing bertukar tangan” didalam akaun JNSSB sahaja… ia lansung tidak digunakan untuk membeli Stromberg… mungkin juga duit itu dikeluarkan, tetapi hanya untuk membeli kereta mewah, wisma jai, mermaid inn, kegunaan pribadi kpl JJ, dipindahkan ke akaun proxy sebelum serbuan BNM dan sebagainya… yang jelas, ia tidak digunakan untuk membeli Stromberg…

Semut dapat rasakan Mr. Otai (dan otai2 yang lain) cuba sekian lama menyembunyikan fakta tersebut, sedangkan mereka mengetahuinya… apabila ditanya downline, maka dengan pantas otai menjawab, kita jual stromberg di 56 buah Negara asia… (sungguh keji!!! semata2 untuk dapat 10% sanggup sembunyikan fakta)…. mungkin Mr. Otai terlepas cakap ketika berbual dengan semut tempoh hari, ataupun beliau terpaksa cakap disebabkan semut berkali2 mendesak… segala calculation yang dibuat oleh penyiasat bebas, cikgureza sekarang sudah terjawab… artikel semut yang bertajuk skim cepat kaya juga menunjukkan tiada bezanya dengan JNSSB… semut tahu, JNSSB ada membeli asset dan jugak perniagaan kecil kecilan yang lain… tetapi itu bukan membuktikan yang JNSSB buat bisnes, Cuma ia digunakan untuk mengaburi mata pelabur sahaja… yang jelas, JNSSB adalah sama dengan system pyramid…

Semut tidak hairan apabila jai berjaya beli mermaid inn secara cash… sebabnya, tiap2 bulan, berjuta2 duit dimasukkan kedalam akaun beliau… apalah sangat dengan satu atau dua juta ringgit… semua bisnes ni tak kemana… sebab semut amat yakin ia takkan membawa untung 2 kali ganda dalam masa 8 bulan… jadi, cara untuk membayar pelabur adalah dengan menggunakan duit pelabur baru… macam mana kpl JJ (mengikut kamus otaibnm, koperal JJ = Dr. Jai) boleh yakin yang bisnes yang bakal dia buat boleh untung begitu banyak??? Apakah beliau lansung tidak mengambil kira sebarang risiko kerugian??? Apalah sangat dengan bisnes jual kereta 2nd hand kat kuantan tu, butik, mermaid inn dan sebagainya… dah balik modal ke semua bisnes2 tu???

Mr. Otai sendiri mengakui yang tahun pertama, kpl JJ menyatakan yang JNSSB rugi… tapi camner kompeni masih boleh bayar SP 25% jika ia rugi??? Mudah sahaja, pakai lah duit pelabur baru untuk bayar pelabur lama… apabila sudah tidak mampu untuk bayar pelabur lama, pelabur baru masuk pun dah tak banyak, maka kpl JJ ”menjemput” BNM untuk freeze akaun… maka, kemarahan ahli2 akan ditempis kepada “pengkhianat bangsa” iaitu BNM… kpl JJ tak salah, camner nak bayar, duit dah kene beku…


Siapa Bakal Ke Bukit Aman??? – By otaibnm

September 16, 2007

A’kum…

Pada hemat pemikiran saya, saya ingin berhenti dan memperlahankan aktiviti penulisan saya selepas penulisan yang Bertajuk ‘Suasana Istana Pengadilan’(Ada di pages 977). Tetapi memandangkan peristiwa semasa yang berlaku, saya akan terus menghuraikan MISTERI ini sebelum ianya berakhir.. Saya akan memberi komen kepada yang memberi respons kepada penulisan saya nanti. Bukan sekarang kerana ada ‘konflik’ yang lebih menarik saya ingin kongsikan bersama pengunjung-pengunjung setia CG ini.

Saya tidak akan menulis TANPA sebarang BUKTI.

Kepada Cikgu Idzham… Janganlah membodek dengan cara yang melibatkan perkara yang bukan-bukan. Bodeklah dengan cara anda mengendalikan kursus sahaja. Kpl JJ dah cipta bermacam-macam kursus dari KURSUS ASAS (RM500)-asal dapat 10% komisyen lpas tuh dikurangkan kepada 5%, Kursus JMC (RM5000)- sambutan merosot sehinggalah penukaran strategi untuk mendapatkan 10% komisyen. Berduyun-duyun pergi bermula JMC 11 di Nilai. Cikgu Idzham Dapat ‘payment’ pun dah dikira cukup bagus walaupun sampai satu ketika terpaksa bermasam muka dengan Kpl JJ. Susah jugak nak dapat ‘payment’ rupa-rupanya… Tak gitu ker para pengendali-pengendali kursus?? Teruskan… Kpl JJ ‘sayang’ kat korang semua.. Ahaks.. Skang ni plak menurut makhluk halus, orang yang menghadiri kursus khas minggu ini lebih kurang dalam 10 orang jer. Kjap lagi bertukar plak PLAN 1000 nih… Kurang sambutan! Maka dipanggillah sekali lagi para PEJUANG-PEJUANG terpilih untuk buat PLAN 2000 plak ker?? Duit… duit…. Hehehhe…

Wokeh.. Sebenarnya apa yang ingin saya nyatakan disini, tak payahlah Cikgu Idzham menjaja cerita kononnya orang-orang Kelantan terutamanya dari kumpulan ‘Hj Tabligh’ iaitu Ketua bagi 40 madrasah diseluruh negeri Kelantan & Terengganu yang menuntut duit yang dipinjam oleh Kpl JJ sebanyak RM300,000 walaupun dijanjikan pulangan sebanyak RM1 juta nak bunuh Kpl JJ!!! Lepas tuh, nak ugut Hj ni plak kata nama hj ni dah ada kat kat Bukit Aman. Dengan harapan dak jadi orang kanan disamping Kpl JJ.

Tahukah Cikgu Idzham???

Sebenarnya nama Cikgu dah ada pun kat Bukit Aman! Cuba cikgu ingat kembali akan peristiwa permohonan LESEN AJL yang lepas. Apa cerita dengan produk cikgu tu! Ye lahhh… Produk Rapat Rawan tuhh!!! Buat pengetahuan pengunjung-pengunjung CG sekalian, Untuk memohon LESEN AJL, paling kurang produk yang harus diperkenalkan adalah sebanyak 5 produk.

Bagi kes produk Cikgu Idzham plak yang dimasukkan kedalam JNSSB untuk memohon lesen AJL. Dah dapat KKM punya kelulusan tak? Menurut makhlus halus, produk nih telah pun dipalsukan kelulusannya dari KKM. Kata makhlus halus lagi, Cikgu Idzham ni tunggu masa jer… Kpl JJ dah sediakan nama Cikgu kat Bukit Aman sebagai orang yang bertanggungjawab keatas penipuan ini. Tak payahlah nak takut-takutkan ‘hj tabligh’ nih. Nama cikgu sebenarnya yang dah ada kat Bukit Aman. Ini pun hasil percaturan Kpl JJ yang diampu tuh. Dah tak der arah ker cikgu??? Cubalah tanya Kpl JJ tuh! Hehhehe…

Buat EnzoPower.. saya memang menyokong dan percaya akan kenyataan saudara tuh. Bukan setakat orang no.2 di Bank Negara. Malahan menurut makhluk halus, pertemuan yang diatur sebelum ini dengan orang no 1 BNM iaitu Gabenor BNM, Timbalan Menteri Kewangan malahan juga hampir kepada PM sendiri pun ditolak bulat-bulat. Walaupun pada peringkat awalnya begitu mengharap! Tapi hanya lakonan semata-mata rupanya… Muslihatnya cukup hebat. Inikah Pejuang BANGSA MELAYU!!! Memang patut pun kalau 10 tahun lagi orang macam ni tak muncul! Lagi bagus tak payah muncul terus orang yang MENIPU BANGSA MELAYU dimasa akan datang!! Cuba ingat balik kata-kata Kpl JJ di Mermaid tempoh hari dimana Kpl JJ menyatakan bahawa BNM tidak akan jumpa orang sepertinya lagi yang boleh memberi bonus kepada ahli-ahlinya berjuta-juta sebulan!! Harap-harap tak payah jumpalah….

p/s: Kepada yang begitu pro JAI, harap-harap anda akan dapat menyampaikan artikel ini kepada yang berkenaan!! Kepada rakan-rakan CG plak, beritahulah kepada rakan-rakan lain akan perkara sebenar yang berlaku… Selamat Meneruskan Ibadah Puasa.


konspirasi badut

September 16, 2007

Assalamualaikum kepada semua pembaca, pertama sekali, kenapakah anda semua di sini??
Adakah untuk mencari maklumat tentang syarikat & jai, mencari kebenaran ke mana wang anda pergi, mencari jawapan untuk wang ribu2 anda, atau sengaja mahu membaca konspirasi badut yang dibawakan khas dari bilik sempit di dalam hutan?

Biar apapun jawapan anda kepada persoalan di atas, saya tak peduli dan tak kesah. Biar saya tegaskan di sini;
-Saya tidak mempunyai sebarang kepentingan jika Jai & orang2 kuatnya musnah
-Saya tidak pernah diupah, disuruh atau bersekongkol dengan mana2 pihak untuk menjatuhkan Jai & pasukannya (bahkan saya tidak pernah mengenali semut, otaibnm, cikgureza dan lain2 sebelum ini)
-Saya tidak pernah iri hati, diulangi tidak pernah iri hati terhadap jai dan leader2 yang sudah berjaya. Malahan saya gembira kerana leader2 ini membelanja saya makan dengan kerap. Perjuangan saya ini bermula kerana sifat ingin tahu saya apabila wang SP saya tidak masuk (belum balik modal lagi)
-Tidak pernah terdetik di hati ini untuk melaga-lagakan sesama kita. penulisan kami mungkin ekstrim bagi mereka2 yang taksub, tetapi bagi mereka yang berfikir secara secara rasional, sedikit sebanyak kebenaran dan logik dapat mereka lihat. leader2 jai sekalian, berikan kami jawapan yang konkrit, maka tidak perlu kami membuat blog ini, dan tidak perlu pula ahli lain datang ke blog ini untuk mencari jawapan

Apa yang saya mahukan adalah;
-Menyelamatkan lebih ramai anak bangsa sendiri daripada terjebak (sebelum dapat dibuktikan yang Jai tidak melakukan sebarang penyelewengan dan mengurus semua dana dengan betul)
-Memastikan hak2 semua orang dapat diperjuangkan (jika didapati Jai menyeleweng wang tuan puan)
-Tuan puan dapat berfikir secara rasional dan mempertimbangkan segala kemungkinan dan jalan
-Tuan puan dapat mengkaji sendiri segala dalil dan bukti yang yang saya dan lain-lain kemukakan. Jangan terlalu bergantung terhadap jawapan leader tuan puan

Berikut saya nyatakan sekali lagi persoalan2 yang masih menghantui dan masih tidak dapat dijawab oleh seorang leader pun;

1. Peribadi & background Jai (& lain2)
-Dari mana Jai, Latifah dan DOKTOR2 lain dalam syarikat mendapat kedoktoran mereka? kenapa tak pernah diorang cerita pun? tak bangga ke jadi doktor? dalam bisnes kad diorang takde tulis ke PhD. in Business (UUM), atau mana2 universiti ke?
-Apa yang Jai dan orang lain buat sebelum JNSSB ni? Ikut kata PADAM MUKA KORANG, Jai buat Eagle Network sekitar tahun 2000 dan surat berantai sekitar 2002. Ala-ala scam jugak la. Leader2 tau ke Jai & rakan2 buat apa sblm ni?
-Adzmi yang korang dok panggil ‘Master’ tu penah declared muflis. Duit sendiri pun tak ter’managed’ inikan duit berpuluh juta??? Hisyyy

2. Syarikat tidak profesional
-kenapa banyak sangat syarikat??? Jai Network Holding. Jai Network System, Jai Resources, De Four Marketing, Bagai Wangsa dan terbaru Bisnes Efektif. Dalam banyak2 tu pulak, hanya JNSSB je yang ada paid-up capital 500k, itupun sebab nak apply lesen AJL (jualan langsung). Yang lain semua tu company RM2 dengan guna nama pelabur upahan.
-Adzmi cakap nak apply lesen AJL untuk Bisnes Efektif, tapi Bisnes Efektif cuma ada RM 2 paid-up capital. Syarat utk apply AJL adalah 500k paid up capital. So si Adzmi ni setakat bagi janji palsu je ke?
-cakap agreement siap laywer tetuan blabla tapi bila dah bayar, agreement entah ke mana, bila ditanya, macam2 la alasan. so sekarang BNM dah datang angkut semua, salahkan BNM. Sampai 3-4 bulan tunggu agreement, lepas tu kena angkut dengan BNM, nak berniaga ke taknak???
-dalam director JNSSB ada sorang ni Kamal ke Khairul (tak ingat dah), umur baru 23 tahun dah dinamakan sebagai director. Korang kalau ada duit 500 ribu, percaya ke nak bagi budak 23 tahun uruskan? Inikan pulak duit mencecah ratusan juta.

3. Stromberg??? lawak sungguh!!!
-Sale report stromberg mana? korang tau tak, haram hukumnya kalau korang melabur ke tempat yang korang tak tau duit korang ke mana. cakap dari dulu stromberg stromberg, mana??? report takdak, gambar orang siam ngan indon jual stromberg pun takdak. buta2 hangpa semua kena tipu bulat2 dengan jai noo…
-Siapa yang uruskan sale stromberg? “Biarlah orang yang dilantik Jai buat kerja diorang”, “dua kontena dieksport ke luar”. Pernah ke korang kenal ada Jai lantik Pengarah operasi untuk sale2 stromberg??? Pernah tak terlihat gambar stromberg dalam kontena? Pernah tak pengarah2 atau Jai cerita yang dia susah2 nak kena bayar cukai import eksport, supply dari south africa sangkut dsb.
-hak pengedar esklusif 56 negara Asia? hahahhaa lawak. korang bukak je website stromberg, ada berapa nama kat situ? Lagipun semut dah merungkaikan misteri pengedear tunggal stromberg di sini, yang mana leader2 kelu terkelu keras lidah mereka dan jai sendiri sudah ketar lutut kerana rahsia dia sudah terbongkar.

4. Yang penting amik duit!!!
– dulu smart partnership dikenalkan dengan alasan tak perlu buat loan bank dan senang nak beli stromberg secara pukal. La ni HFT pun pakai SP gak apa cerita? cerita karut ka?
– Bila tanya cukup ke sale stromberg nak kaver bonus, dengan angkuhnya mereka menjawab, kita ada 56 negara Asia yang masih belum penetrate marketnya. kereta, motor, bas lori dan kapalterbang negara2 tu semua boleh pasang stromberg!!!
– korang bukak website JNSSB, banyak info kat dalam tu semua kursus BOM kuantan, BOM KL, kursus JMC, kursus sana kursus sini, download borang dan sebagainya. Ada ke dia cerita sale stromberg meningkat atau cerita persatuan kancil gembira sebab stromberg bagi kereta diorang makin laju? Atau cerita stromberg di pasang di mobil2 di indonesia? Ngakkk ada pak…
– La ni HFT pulak, dahla bayar RM5k, satu kereta pun tak pasang lagi. Yang semua2 ni dok gembira tak terkata bila tengok sederet rumah kedai jadi bengkel HFT. Duit RM5k dapat tengok gambar bengkel je ke???

Nak list out kan lagi memang tak cukup 10 page pun. Sekali lagi, saya hanya ingin mengajak anda semua berfikir, dan seterusnya menyediakan plan B, plan C dan plan D.

Kepada leader2 Jai, saya faham bahawa terlalu besar ‘beban’ yang anda perlu tanggung jika JNSSB ini runtuh. Ratusan downline dan hutang sendiri, ini menyebabkan TIADA JALAN KELUAR yang anda terfikir buat ketika ini dan hanya mengharapkan bahawa apa yang kami BADUT2 HUTAN katakan cumalah bahan lawak yang MEMUALKAN. Nasihat saya, cuba fikir2kan plan B & C, kalau2 betul JNSSB ni breakdown, supaya anda tidak mengalami mental breakdown pulak.

Segala apa yang mendatang, hadapi dengan tenang dan anggap ini ujian dariNya. Saya hanya mampu membuat segala yang terdaya, berkongsi info dengan anda semua. Keputusan di tangan anda, siapkan payung sebelum hujan. Sebaiknya payung pasar Ramadhan sebab nampak gaya macam hutan ribut yang nak turun ni.

Katalah apa sahaja, dakyah, fitnah, konspirasi, batu api, yang penting saya telah melakukan apa yang saya rasa betul. Kalau tuan puan kata saya fitnah, maka jawablah persoalan saya dengan bukti. Takde bukti, jom tolong cari sekali.

Sekian, selamat berpuasa semua

Yang benar, kesian a.k.a. badut no. 3